14 Tip Belajar Dengan Berkesan (Dr Fadzilah Kamsah)

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: Kita ingat 10% apa yang dibaca Kita ingat 20% apa yang didengar Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat Kita ingat 70% apa yang dicakapkan Kita ingat 90% setelah dipraktikkan 3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biological clock ). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin. 5. Manfaatkan kemahiran mengingat: Tampal nota-nota penting di dinding Gunakan kaedah akronim Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau raja...